24 September 2013

Sejarah Sekolah

            Nama Sekolah

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Temelok. Nama ini digunakan hingga perlaksanaan Penyata Razak pada tahun 1955. apabila perlaksanaan Penyata Razak 1955 dimulakan pada tahun 1956,sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Umum Temelok. Pada tahun 1961,sekolah ini bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Temelok dan kekal sehingga sekarang. Penduduk melayu di Temelok ini ingin menukarkan nama kepada Sekolah Datuk Sagap,Temelok sempena nama orang yang mula-mula menubuhkan sekolah ini tetapi ditolak oleh Jabatan Pelajaran Perak ketika itu. Kesemua bangunan masih digunakan hingga sekarang setelah dibaikpulih.

Sejarah Penubuhan
   Sekolah yang mula-mula didirikan ialah di Kampung Tengah iaitu 1 kilometer dari sekolah asal sekarang. Pada mulanya sekolah ini didirikan dengan cara bergotong-royong. Ianya didirikan di atas tanah persendirian. Pada tahun 1908,pihak kerajaan telah mengambil alih sekolah ini setelah Inggeris melaksanakan rancangan pelajaran kerajaan negeri Perak pada masa itu. Bangunan asal sekolah ini dibina pada tahun 1870 dan merupakan sekolah melayu ketiga dibina di negeri Perak

    Pengasas Sekolah
Orang yang berusaha untuk mendirikan sekolah melayu di Temelok ialah Datuk Sagap. Beliau adalah seorang yang mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman. Beliau pernah menjadi pegawai untuk menguruskan hal perlombongan kepunyaan Long Jaafar di Larut. Hasil usahanya, maka tertubuhlah sekolah melayu di sini. Sekolah ini didirikan di kampung Tengah secara bergotong-royong. Pada mulanya tenaga pengajar di sekolah ini ialah guru sukarela. Datuk Sagap sendiri menjadi guru di sekolah tersebut.Apabila kerajaan Inggeris mengambil alih sekolah ini ,guru tetap telah diambil untuk mengajar disini.
  


 Bangunan asal Forest 1870 yang diserahkan untuk dijadikan sekolah.
Bangunan ini masih kekal hingga hari ini.



 Bangunan asal Balai Polis dan Kastam 1870 yang diserahkan untuk dijadikan sekolah. Telah di robohkan menjadi Pra Sekolah sekarang



Tapak asal perhimpunan sekolah