Latar Belakang Sekolah

Profil dan Sejarah sekolah. -Bangunan baru ini mula digunakan pada Januari 2011.

Guru dan Staf SK Temelok 2012/2013

Barisan para guru dan staf SK Temelok.

Kejayaan Anda Kebanggaan Kami

Bertekun.Maju.Jaya

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan

Sambutan majlis penutup bulan kemerdekaan akan diadakan pada 17 Sept 2013 di Dewan SK Temelok.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025

19 March 2014

Sambutan Maulidur Rasul 2014/1435h

SK Temelok telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 30 Januari 2014 yang lalu. Pegawai Agama Daerah Larut Matang dan Selama, Us. Azhar telah meyampaikan ceramah kepada warga SK Temelok.


Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2014

Pada 27 Januari 2014, Sekolah Kebangsaan Temelok telah mengadakan majlis penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2014 kepada Ibu Bapa dan Penjaga SK Temelok. Turut sama hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Yayasan Al Fasal, Dato, Said  dan Pegawai Jasa LMS Hj. Kamarudin b. Abu Bakar. Pihak Sekolah juga telah mengundang Pn. Norehan, Penyelia PPDa LMS untuk memberi ceramah mengenai gejala dadah dan ponteng sekolah kawasan Temelok amnya.Turut sama hadir ialah Kaunselor organisasi 
PPDLMS iaitu Cik Mashitah.

.

08 December 2013

Pemberitahuan Tarikh Mesyuarat SK Temelok

26 Disember 2013 - Mesyuarat Guru-Guru SK Temelok
27 Disember 2013 - Mesyuarat Kurikulum SK Temelok
30 Disember 2013 - Mesyuarat HEM dan Ko-Kurikulum
31 Disember 2013 - Pendaftaran Pra Sekolah dan Tahun 1

24 September 2013

Sejarah Sekolah

            Nama Sekolah
Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Temelok. Nama ini digunakan hingga perlaksanaan Penyata Razak pada tahun 1955. apabila perlaksanaan Penyata Razak 1955 dimulakan pada tahun 1956,sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Umum Temelok. Pada tahun 1961,sekolah ini bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Temelok dan kekal sehingga sekarang. Penduduk melayu di Temelok ini ingin menukarkan nama kepada Sekolah Datuk Sagap,Temelok sempena nama orang yang mula-mula menubuhkan sekolah ini tetapi ditolak oleh Jabatan Pelajaran Perak ketika itu. Kesemua bangunan masih digunakan hingga sekarang setelah dibaikpulih.

Sejarah Penubuhan
   Sekolah yang mula-mula didirikan ialah di Kampung Tengah iaitu 1 kilometer dari sekolah asal sekarang. Pada mulanya sekolah ini didirikan dengan cara bergotong-royong. Ianya didirikan di atas tanah persendirian. Pada tahun 1908,pihak kerajaan telah mengambil alih sekolah ini setelah Inggeris melaksanakan rancangan pelajaran kerajaan negeri Perak pada masa itu. Bangunan asal sekolah ini dibina pada tahun 1870 dan merupakan sekolah melayu ketiga dibina di negeri Perak

    Pengasas Sekolah
Orang yang berusaha untuk mendirikan sekolah melayu di Temelok ialah Datuk Sagap. Beliau adalah seorang yang mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman. Beliau pernah menjadi pegawai untuk menguruskan hal perlombongan kepunyaan Long Jaafar di Larut. Hasil usahanya, maka tertubuhlah sekolah melayu di sini. Sekolah ini didirikan di kampung Tengah secara bergotong-royong. Pada mulanya tenaga pengajar di sekolah ini ialah guru sukarela. Datuk Sagap sendiri menjadi guru di sekolah tersebut.Apabila kerajaan Inggeris mengambil alih sekolah ini ,guru tetap telah diambil untuk mengajar disini.
  


 Bangunan asal Forest 1870 yang diserahkan untuk dijadikan sekolah.
Bangunan ini masih kekal hingga hari ini.



 Bangunan asal Balai Polis dan Kastam 1870 yang diserahkan untuk dijadikan sekolah. Telah di robohkan menjadi Pra Sekolah sekarang



Tapak asal perhimpunan sekolah

17 September 2013

Latar Belakang Sekolah